MANICURE & PEDICURE
"Pedicure" adalah sama dengan manicure cuma perbezaannya ia adalah untuk kaki. kaki merupakan satu anggota badan yang sering diabaikan oleh wanita dalam penjagaan kecantikan. semasa pedicure, kuku kaki anda akan dibersih dan dibentuk bagi mengelakkan kuku rosak. seperti manicure, kaki akan diskrub dan diurut bertujuan melegakan otot dan melancarkan aliran darah. selain itu, kaki akan dibersihkan bagi melegakan kaki rekah dan melembabkan kulit.
"Manicure" merupakan rawatan kuku tangan dimana ia melibatkan proses membersih, membentuk dan merawat kutikel kuku anda. ini penting bagi memastikan kuku tangan anda sihat dan kuat. sewaktu proses manicure, tangan anda akan diskrub bagi membuang sel-sel kulit mati dan merangsang peredaran darah. selalunya manicure turut melibatkan perwarnaan kuku, namun Rin's Beauty Spa tidak menawarkan servis tersebut khususnya kepada muslimah. proses manicure bukan sahaja dapat mencantik dan menyihatkan kuku serta tangan anda, tetapi ia juga sangat merehatkan dan menenangkan.
kini, Rin's Beauty Spa mula menawarkan perkhidmatan pedicure dan manicure untuk muslimah. rawatan ini tidak melibatkan perwarnaan kuku, namun hasilnya anda akan mendapat kuku yang bersih dan berkilat disamping rawatan ke atas tangan dan juga kaki anda. rawatan yang berterusan berupaya menjamin kesihatan dan kecantikan kuku kaki serta tangan anda. sila berkunjung dan nikmati pengalaman istimewa anda di Rin's Beauty Spa. kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda. hubungi kami di 018-2734112 untuk maklumat lanjut.
Comments
Post a Comment