RAWATAN BADAN
Perkhidmatan rawatan badan adalah untuk mendapatkan dan memelihara bentuk badan yang dikehendaki. Selain mengurangkan berat badan, perkhidmatan rawatan badan juga membantu pergerakkan saraf, muscle, dan tonar kulit badan. Antara rawatan yang disediakan termausk body contour dan body polish.
a) Khidmat Mengurut ( Body Massage )
Perkhidmatan mengurut adalah antara pendekatan rawatan badan. Selain perkhidmatan tukang urut tradisional, perkhidmatan massage therapist yang terlatih digunakan.
b) Aromatherapy
Aromatherapy adalah pendekatan holistik yang menggerakkan penyembuhan kulit melalui pencapaian fizikal dan psikologi secara serentak. Rawatan aromatherapy biasanya dilakukan untuk menghilangkan tekanan (stress) melalui urutan dengan menggunakan campuran pelbagai minyak urut yang mempunyai bau yang harum. Setiap minyak yang digunakan mempunyai keharuman dan keupayaan sendiri untuk mengerakkan proses menenangkan perasaan fizikal dan mental pada pelbagai peringkat. Rawatan ini perlu dijalankan oleh pakar therapist yang terlatih kerana kombinasi minyak yang tidak sesuai akan mendatangkan mudarat kepada pelanggan.
c) Rawatan SPA
Rawatan spa sering dikaitkan dengan resort yang kesihatan yang menyediakan kolam renang, sauna dan jakuzi dengan persekitaran yang mewah. Perkhidmatan spa melibatkan antara lain ialah sauna, tanning dan body wrap.
Comments
Post a Comment