"Pedicure" adalah sama dengan manicure cuma perbezaannya ia adalah untuk kaki. kaki merupakan satu anggota badan yang sering diabaikan oleh wanita dalam penjagaan kecantikan. semasa pedicure, kuku kaki anda akan dibersih dan dibentuk bagi mengelakkan kuku rosak. seperti manicure, kaki akan diskrub dan diurut bertujuan melegakan otot dan melancarkan aliran darah. selain itu, kaki akan dibersihkan bagi melegakan kaki rekah dan melembabkan kulit. "Manicure" merupakan rawatan kuku tangan dimana ia melibatkan proses membersih, membentuk dan merawat kutikel kuku anda. ini penting bagi memastikan kuku tangan anda sihat dan kuat. sewaktu proses manicure, tangan anda akan diskrub bagi membuang sel-sel kulit mati dan merangsang peredaran darah. selalunya manicure turut melibatkan perwarnaan kuku, namun Rin's Beauty Spa tidak menawarkan servis tersebut khususnya kepada muslimah. proses manicure bukan sahaja dapat mencantik dan menyihatkan kuku serta tangan anda, ...
Comments
Post a Comment