RIN's V&M


Visi

-Menjadi salah satu spa kecantikan terkenal yang mengeluarkan produk-produk dan menyediakan khidmat kesihatan dan kecantikan.

Misi

- Memberi peluang kepada usahawan-usahawan yang berminat menjalankan perniagaan dengan modal permulaan yang berpatutan. Serta memberi perkhidmatan yang berkualiti dan professional.

Objektif Perniagaan

Dalam proses untuk membina ilmu kecantikan, kami telah berusaha dengan gigih dari segi meluangkan masa keemasan anda untuk menghadiri khusus kecantikan, melaburkan wang ringgit untuk menghadiri khusus kecantikan yang lengkap untuk digunakan dalam sesi praktikal.

Di akhir unit tersebut, peserta dapat mempelajari dan menguasai kemahiran teknik merawat serta urutan muka khasnya untuk kulit biasa, kulit kering, kulit berminyak, kulit sensitif, kulit kombinasi dan sekaligus dapat mengenal ketidaksempurnaan kulit, melambatkan proses penuaan, kelesuaan lingkaran mata, seragamkan warna kulit yang tidak sekata, mengenalpasti produk yang mampu menghaluskan serta mengetatkan liang roma secara radikal, mengawal penghasilan minyak yang berlebihan dan mengurangkan garis-garis halus serta kedutan di kulit muka. Seperti mana, sistem ketahanan badan akan melindungi kita serta menangkis sebarang jangkitan penyakit dan memastikan kita sentiasa sihat, daya ketahanan kulit muka juga memberikan keupayaan untuk menangani unsur-unsur yang boleh menuakan kulit daripada pancaran UV matahari, pencemaran air dan tekanan.

Dengan mengikuti garis panduan dari nota ini dan juga mengikuti setiap khusus yang diadakan oleh kami dengan kerjasama Kolej Komuniti Pasir Gudang adalah mengikut tahap piawaian yang ditetapkan dan sukatan pelajaran yang sama. Ini akan melahirkan penasihat-penasihat kecantikan baru yang berkualiti di dalam bidang usahawan kecantikan. Oleh itu kami berharap, agar dapat merancang strategi dan aktiviti anda di dalam bidang kecantikan.

Kami berasa bangga kerana anda telah menunjukkan sikap ingin belajar untuk memperbaiki diri. Kami percaya sikap murni ini merupakan titik permulaan kepada percapaian yang lebih tinggi untuk anda.

Comments

Popular posts from this blog

MANICURE & PEDICURE

RAWATAN BADAN

PAKEJ UNTUK PENGANTIN